Peluang Pekerjaan

PELUANG PEKERJAAN:

Ini dapat kita lihat dari perkembangan guna tenaga dan kadar pengangguran seperti dalam jadual yang berikut:


Jadual 6. (20)

  1980 1981 1982
  Ribu % pertum-
buhan
Ribu % pertum-
buhan
Ribu % pertum-
buhan
Tenaga Buruh   5,380 3.2 5,548 3.1 5,720 3.1
Gunatenaga: Jumlah 5,094 3.4 5,259 3.2 5,430 3.3
  Pertanian 2,067 0.5 2,078 0.5 2,089 0.5
  Perkilangan 803 6.4 852 6.1 904 6.1
  Kerajaan 710 6.9 746 5.1 785 5.2
Kadar pengangguran
(% dari tenaga buruh)
5.3 5.2 5.1


Adalah jelas dari jumlah gunatenaga bahawa ia bertambah dengan kadar 3.2 % - 3.4 % setahun. Usaha pengujudan pertambahan ini tidak dapat diperkecilkan apatah lagi ia mengatasi sedikit kadar peratus pertambahan tenaga buruh yang kira 3.1 %. (21)

Walau bagaimana pun perhatian hendak diberikan kepada pengurangan kadar pengangguran yang ternyata dari jadual ia hanya 0.1% sahaja. Kalau keadaan ini berjalan seperti biasa ia akan habis pada tahun 2033 (51 tahun dari sekarang), ini dengan didaian tidak berlaku kedudukan ekonomi yang mungkin merosot dalam jangka masa yang panjang ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa gunatenaga tidak sepenuhnya adalah berlaku. Cuba perhatikan jadual di atas misalnya bahagian gunatenaga sektor pertanian.

____________________________

(20) Rujuk; Kementerian Kewangan Malaysia,
Lapuran Ekonomi 1981/ 82 h. 9.

(21) Ibid.


Pertambahannya adalah begitu kecil berbanding dengan pertambahan buruh dalam sektor ini, kerana pertambahan gunatenaga hanya 0.5% sedang pertambahannya (berdasarkan pertambahan umur) 3.1%. Ini bererti gunatenaga tidak penuh dalam sektor pertanian bertambah dari tahun ke setahun.

Kita ingin menarik perhatian bahawa gunatenaga tidak penuh ini banyak berpunca dari dua sebab yang berikut:

1. Tidak ada minat/daya usaha.

2. Tidak ada galakan, bimbingan dan kemudahan sepenuhnya (peluang-peluang bekerja dalam sektor pertanian masih banyak).

Tidak ada minat/daya berusaha: Ini berpunca dari sikap (attitude) tidak mahu bekerja atau memilih kerja yang menganggap pertanian tidak bertaraf tinggi. Kedua-dua perkara ini adalah bercanggah dengan konsep bekerja dalam Islam, kerana Syariah Islam mewajibkan seseorang terlibat dalam kegiatan ekonomi. Rasul Allah S.A.W bersabda:

(22) áóÃóäú íóÃúÎõÐó ÃóÍóÏõßõãú ÍóÈúáóåõ ÝóíóÃúÊöíó ÈöÍõÒúãóÉö ÇáúÍóØóÈö Úóáóì ÙóåúÑöåö ÝóíóÈöíÚóåóÇ ÝóíóßõÝøó Çááøóåõ ÈöåóÇ æóÌúåóåõ ÎóíúÑñ áóåõ ãöäú Ãóäú íóÓúÃóáó ÇáäøóÇÓó ÃóÚúØóæúåõ Ãóæú ãóäóÚõæåõ

Maksudnya: Sesungguhnya seseorang kamu yang mengambil talinya, lantas dia mendapatkan seberkas kayu api, lalu memikulnya dan menjualnya, yang dengan demikian itu Allah S.W.T memelihara air mukanya, ia adalah lebih baik baginya dari meminta-minta kepada orang lain samada mereka memberi atau tidak.

____________________________

(22) Al-Bukhari Sahih, (Kahirah: Idarah Al-Tiba'ah Al-Muniriyyah tanpa tarikh), j. 2 h. 246.


Hadith ini tidak bermaksud hendak membuat perbandingan di antara baik buruknya bagi amalan mencari kayu api untuk dijual dengan meminta sedekah, kerana meminta sedekah bagi orang yang mampu berusaha adalah tidak ada langsung baiknya, malah haram hukumnya mengikut pendapat yang asah (lebih kuat) dalam Mazhab Shafi'i. (23)

Islam juga tidak mengkategorikan kepada mulia dan tidak mulia di antara sektor-sektor perekonomian kesemua adalah dikehendak pelaksanaannya. Sehubungan dengan sektor pertanian dikemukakan Hadith Rasul Allah S.A.W yang bermaksud; Bercucuk tanamlah kamu, kerana bercucuk tanam itu adalah usaha yang diberkati oleh Allah S.W.T dan sabdaNya yang bermaksud: Bahawa tidak akan sia-sia usaha seorang Muslim yang menyemai atau menanam biji-bijian. Sekiranya ia dimakan oleh burung, manusia ataupun binatang, yang demikian itu adalah merupakan sedekah darinya. Nabi Adam pula, sebagai seorang Rasul adalah bekerja sebagai petani.

Maka peningkatan etika kerja secara Islam ini adalah amat perlu dipertingkatkan hingga mencapai tahap yang sewajarnya. Peningkatan etika kerja yang selaras dengan Syariah Islam bukan sahaja perlu sektor pertanian yang begitu menonjol, malah dalam semua bidang kegiatan ekonomi.

Bimbingan perancangan dan galakan dalam peningkatan etika kerja secara Islam ini adalah amat terasa tidak sempurnanya. Janganlah kita menyalahkan mana-mana pihak. Apa yang perlu diinsafi bahawa ini adalah tugas semua lapisan masyarakat, yang bermula dari pihak kerajaan melalui institusi-institusinya, diikuti oleh para intelek Muslim (tanpa mengira kaum), institusi-institusi kemasyarakatan, perekonomian dan seterusnya perseorangan individu.

____________________________

(23) Rujuk Ibnu Hajar Al-'Asqalani, Fath Al-Bari, Matba'ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi 1378/1959, h 78.


Masalah kemudahan seharusnya diperkemas dan diperlengkap di mana terdapat kekurangan. Apa yang begitu ketara bahawa masalah pembangunan ada yang terjejas kerana ketidak jujuran setengah-setengah jentera pelaksanaan. Ini ternyata sekali dari ujudnya BPR dan sistem kad perakam waktu dalam perkhidmatan.

Satu perkara lagi yang mustahak diberikan perhatian dalam masalah pekerjaan ini ialah masalah gaji yang diberikan. Sehubungan dengan ini baik dikemukakan Hadith Rasul Allah S.A.W:


(24) ÅöÎúæóÇäõßõãú Ýóãóäú ßóÇäó ÃóÎõæúåõ ÊóÍúÊó íóÏöåö ÝóáúíõØúÚöãúåõ ãöãøóÇ íóØúÚóãõ æóáúíõáúÈöÓúåõ ãöãøóÇ íóáúÈóÓõ æóáÇ íõßóáøöÝõåõ ãöäú ÇáúÚóãóáö ãóÇ áÇ íõØöíúÞõ ÝóÇöÐóÇ ßóáøóÝúÊõãõæåõãú ÝóÃóÚöíäõæåõãú

Maksudnya: Saudara kamu orang yang melayan di rumah kamu. Maka sesiapa yang saudaranya di bawah takbirannya, maka hendaklah dia memberi makannya setaraf dengan apa yang dimakannya sendiri, hendak memberi pakaiannya yang setaraf dengan yang dipakainya sendiri dan janganlah dia membebannya dengan kerja dia luar dari kemampuannya, dan bila kamu membebankan dengan kerja yang berat maka hendaklah kamu membantu mereka.

Dan hadith Rasul Allah S.A.W lagi:

(25) ãóäú ßóÇäó áóäóÇ ÚóÇãöáðÇ æóáóíúÓó áóåõ ÒóæúÌóÉñ ÝóáúíóßúÊóÓöÈú ÒóæúÌóÉð ÝóÅöäú áóãú íóßõäú áóåõ ÎóÇÏöãñ ÝóáúíóßúÊóÓöÈú ÎóÇÏöãðÇ ÝóÅöäú áóãú íóßõäú áóåõ ãóÓúßóäñ ÝóáúíóÊøóÎöÐú ãóÓúßóäðÇ

Maksudnya: Sesiapa yang menjadi pekerja kita, dan dia tidak beristeri maka hendaklah dia beristeri dan jika dia tidak ada pembantu (khadam) maka hendaklah dia memperolehinya dan jika dia tidak mempunyai tempat tinggal maka dia hendaklah memperolehi.

____________________________

(24) Abi Al-Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Jami'al Sahih, j. 5 (Kahirah: Matba'ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi, 1380/1960), h. 93.

(25) Abu Dawud, Sunan, j. 3, (Halab: Al-Matba'ah Al-'Ilmiyyah 1352/1933), h. 7.


Kedua-dua hadith di atas menyaran;

1. Beban tugas pekerja mestilah sesuai/sejajar dengan kemampuan daya usahanya.

2. Pekerja mesti memperolehi gaji yang dapat menampung keperluan-keperluan asas dan kadar yang dapat ia membentuk masa depannya. (pekerja tidak lebih rendah tarafnya dari majikannya).

Kalau diperhatikan kepada gaji $399/= (sebulan) ke bawah. Didapati peratusnya pada tahun 1973, Melayu 78%, China 51% dan India 78.9%. Dan pada tahun 1976; Melayu 63.4% China 36.2% dan India 56.3%. Kenaikan berlaku, tetapi harus dipastikan apakah kenaikan ini berjalan dengan lebih cepat dan kenaikan itu sekadar mana, apakah hanya sekadar menampung inflasi kalau sekadar itu bererti tidak ada perubahan.

Pelabur-pelabur dalam RME masih tetap mendapat galakan-galakan yang diantaranya yang besar ialah kemudahan pelaburan dan pelepasan cukai. Maka keuntungan-keuntungan yang dihasilkan melalui kemudahan-kemudahan dan pelepasan cukai itu mestilah juga diagih dengan adil kepada para pekerja yang menjadi jentera pelaksanaan kepada aktiviti-aktiviti pelaburan, pengagihan yang dimaksudkan ialah dengan sistem gaji yang adil.

Dalam perkhidmatan/pentadbiran awam juga harus diberikan perhatian kepada pengajian pekerja diperingkat bawah. Kita tidak menafikan ini telah banyak dibuat tetapi pada keseluruhan ia juga menyebabkan perolehan peringkat atasan yang tidak kurang dari apa yang mereka perolehi, akhirnya tidak memberi faedah sebenar kepada peringkat bawahan itu, kerana ia diikuti oleh inflasi yang kenaikannya tidak kurang dari kadar kenaikan gaji itu.

Memandang kepada hakikat yang dibawa oleh dua Hadith di atas, maka semestinyalah diberikan perhatian kepada amalan penggajian yang berlaku. Untuk tujuan ini dikemukakan jadual yang berikut;


Jadual 7(26)

SEMENANJUNG MALAYSIA: AGIHAN GAJI BULANAN DALAM SYARIKAT-SYARIKAT
BERHAD, 1973 DAN 1976
(%)

  1973
1976
Kumpulan Gaji Melayu China India Lain-lain Orang Asing Melayu China India Lain-lain Orang Asing
$4,000 Ke Atas
%
6.3
(0.2)
43.2
(1.0)
5.0
(0.2)
3.5
3.7
41.9
(22.9)
6.4
(0.1)
30.1
(0.3)
3.6
(0.1)
3.5
(1.4)
56.4
(19.0)
$2,000 - $3,999
%
14.3
(0.4)
61.6
(1.7)
5.8
(0.3)
2.1
(2.9)
16.2
(18.5)
$1,200 - $1,999
%
12.6
(0.4)
70.3
(2.1)
6.6
(0.3)
1.9
(2.5)
8.7
(6.1)
16.7
(0.7)
69.9
(3.0)
6.1
(0.5)
1.6
(3.4)
5.7
(10.0)
$1,000 - $1,199
%
11.2
(0.2)
73.9
(1.3)
8.3
(0.2)
1.5
(1.2)
5.1
(2.1)
16.4
(0.4)
70.4
(1.9)
6.9
(0.3)
1.3
(1.7)
5.0
(5.4)
$800 - $999
%
12.1
(0.4)
72.4
(2.1)
9.5
(0.5)
2.0
(2.7)
4.0
(2.7)
16.9
(0.7)
71.1
(3.0)
7.9
(0.6)
1.1
(2.2)
3.0
(5.2)
$600 - $799
%
13.9
(0.8)
71.0
(3.8)
11.4
(1.0)
1.5
(3.6)
2.2
(2.8)
18.8
(1.5)
68.1
(5.3)
10.6
(1.4)
1.2
(4.7)
1.3
(4.2)
$400 - $599
%
17.8
(2.5)
69.1
(8.6)
10.7
(2.3)
1.4
(7.9)
1.1
(3.3)
22.0
(4.2)
64.1
(12.4)
12.0
(4.0)
1.4
(13.4)
0.5
(3.9)
$200 - $399
%
26.8
(17.4)
53.0
(30.2)
18.2
(17.6)
1.1
(27.4)
0.9
(12.5)
33.4
(28.8)
41.4
(36.2)
24.1
(36.6)
0.7
(31.3)
0.4
(14.3)
$100 - $199
%
47.1
(47.3)
33.3
(37.4)
27.7
(52.6)
0.8
(39.1)
1.1
(30.2)
46.1
(47.9)
17.8
(29.3)
25.1
(45.9)
0.6
(29.6)
0.4
(17.4)
Kurang dari $100
%
47.8
(30.7)
24.1
(13.6)
26.4
(25.3)
0.5
(12.0)
1.3
(17.3)
54.4
(15.5)
24.0
(6.9)
20.8
(10.4)
0.6
(9.3)
0.2
(2.2)
Semua Kumpulan Gaji
%
34.7
(100.0)
39.5
(100.0)
23.3
(100.0)
0.9
(100.0)
1.7
(100.0)
38.5
(100.0)
37.9
(100.0)
21.9
(100.0)
0.8
(100.0)
0.9
(100.0)