Pembiayaan

PEMBIAYAAN:

Pembiayaan dalam RME boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu:

i. Hasil Kerajaan.

ii. Pinjaman

Hasil kerajaan 92% darinya berpunca dari cukai, di antara cukai ini (tidak melebihi dari 5%) adalah dari cukai judi. (37) Judi adalah kegiatan yang tidak dipertikaikan haramnya dalam Islam kerana pengharamannya amat tegas dalam Al-Quran Al-Karim. (38) Maka pungutan cukai darinya adalah dapat diterima, keadaan ini juga merupakan satu penerimaan kepada institusi perjudian itu sendiri.

Masih besar kemungkinan bahawa sebahagian yang lain dari cukai itu adalah berpunca dari cukai ke atas institusi perusahaan dan perniagaan yang haram, kerana ia memang pasti ada, sebagaimana yang telah kita sentuh dalam memperkatakan tajuk program dan projek.

____________________________

(37) Rujuk; Kementerian Kewangan Malaysia, Lapuran Ekonomi 1981/82 h. 75.

(38) Rujuk; Al-Quran, Surah Al-Maidah, 5:90.


Pinjaman samada pinjaman luar negeri ataupun pinjaman dalam negeri adalah melibatkan amalan faedah (interest) yang haram dalam Syariah Islam kerana ia mempunyai persamaan dengan riba nasi'ah yang menjadi amalan orang Arab Jahiliah yang tidak dipertikaikan haramnya dalam Syariah Islam.

Adalah baik dikemukakan sedikit tentang ujudnya persamaan diantara faedah (interest) itu dengan riba nasi'ah.

Riba nasi'ah yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah adalah merupakan bayaran ke atas jangka masa hutang. Hutang ini samada berpunca dari jual beli atau dari pinjaman wang dinar atau dirham. Dalam bentuk pertama riba nasi'ah hanya dikenakan setelah habis tempoh awah hutang itu mesti dibayar dan bermulanya masa penangguhan pembayarannya yang baru, begitulah berlaku selanjutnya. Dalam bentuk kedua bayaran faedah dikenakan dari awal pinjaman itu dibuat. Kedua-dua bentuk riba nasi'ah ini diharamkan oleh Al-Quran dengan tegas:

(39) æóÃóÍóáøó Çááøóåõ ÇáúÈóíúÚó æóÍóÑøóãó ÇáÑøöÈóÇ

Maksudnya: Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (riba nasi'ah yang diamalkan oleh orang Arab Jahiliah).

Sifat asas riba nasi'ah itu 4 bayaran kerana hutang dalam jangka masa tertentu ujud dalam faedah dan ini jelas dari definasinya yang di antaranya:

i. The price paid for the use of loanable funds.

ii. A payment by a borrover for the use of a sum of money for a period of time.

iii. A rate or percentage paid for the use of capital.

____________________________

(39) Maklumat yang terperinci berhubung dengannya boleh dirujuk kepada; Dr. Abd. Rashid bin Hj. Dail dan Syed Othman Al-Habashi, Pengharaman Riba Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, Bangi 1979.


Maka pinjaman bagi pembiayaan ini hanya dapat diterima dalam keadaan darurat "survival" atau hajat yang benar mendesak yang disetarapkan dengan darurat di atas.

Penentuan penilaian adalah memerlukan penelitian kepada kadar pinjaman dan sejauh mana ia diperlukan. Hutang negara yang belum selesai dibayar pada akhir tahun 1981 bertambah kepada $29,324 juta berbanding dengan $21,586 juta pada akhir tahun 1980, pertambahan yang berlaku ialah $7,738 juta (41) pinjaman sebenar pada tahun 1981 ialah $6,191 juta. (42) Ini bertambah, itu berpunca dari faedah yang tidak selesai dibayar sebanyak $1,547 juta. Jumlah hutang negara yang belum selesai di akhir tahun 1981 di atas melebihi keluar Dalam Negeri Kasar pada tahun yang sama pada harga tetap tahun 1970. (43)

Dengan merujuk kepada kaedah di atas adalah mustahak dibuat semakan semula tentang program dan projek yang dirancang, setiap yang bercanggah, sama kerana sifatnya atau membazir, begitu juga setiap yang tidak perlu hendaklah dihapuskan. Diantara contoh yang boleh dimasuk dalam kategori ini ialah, National Monument, Marble Arch, Projek hiburan, sukan dan juga pengutamaan unsur fizikal dalam sesuatu projek pembangunan itu.

Semakan semula juga mesti dibuat tentang belanja pengurusan. Dengan merujuk kepada konsep pembangunan ekonomi yang kita perkatakan di awal kertas kerja ini, tidak dapat dinafikan bahawa belanja pengurusan/alaun-alaun yang diberikan kepada kategori yang berkenaan adalah melebihi dari kemampuan negara sedangkan ianya pada hakikatnya melebihi dari pendapatan yang sederhana. Kenaikan bagi gulungan ini tidak patut dibuat malah skim potongan yang dibuat oleh kerajaan seharusnya diperkemas dan diperluas kepada gulungan yang berkenaan ini.

____________________________

(41) Rujuk; Kementerian Kewangan Malaysia, Lapuran Ekonomi 1981/82 h. 78.

(42) Ibid, h. 7.

(43) Ibid.


Penyelarasan penawaran gaji dengan pihak swasta patut dibuat, bagi melegakan tuntutan-tuntutan naik gaji yang menjadi masalah sekarang ini. Kalau perbezaan semeti ujud, seharusnya rasionalnya jelas kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Dengan ini penambahan hutang negara dapat diberhentikan atau kurangkan dan penyelesaiannya dapat dipercepatkan. Dengan ini hasil pembangunan lebih memberikan manfaat kepada rakyat dari semua lapisan dan gulungan.

Tidak dapat dinafikan bahawa masalah attitude berbangkit, khususnya dalam persoalan kedua, kerana ia lebih berbentuk individual. Maka penyelesaian attitude manusia ini seharusnya diberikan perhatian. Kerana ia adalah merupakan teras kepada penyelesaian masalah ini dan juga masalah-masalah ekonomi yang lain.