|
KESIMPULAN:
Walau kita kemukakan beberapa kritik, ini tidak bererti menafikan beberapa pertumbuhan ekonomi yang baik yang dilakukan dalam RME secara khusus dan DEB secara umum. Apa yang dimaksudkan kita membuat penilaian mengikut perspektif Islam, semoga ia dapat diserasikan dengan konsep ekonomi Islam secara menyeluruh.
Pada hemat kita penyelesaian ekonomi hanya akan sempurna melalui pelaksanaan konsep ekonomi Islam secara komprehensif. Dan untuk tujuan ini beberapa pandangan telah dikemukakan untuk dilihat, direnung dan diteliti oleh muzakarah hari ini.
|