|
TANGGUNGJAWAB ULAMA' DALAM HARAKAH ISLAMIAH:
18. Setelah kita melihat hubungan di antara harakat Islamiah dan tanggungjawab ulama' pewaris nabi maka dapat kita simpulkan bahawa bidang tanggungjawab ulama' dalam harakah Islamiah adalah meliputi:
(a) Menegakkan amal dakwah Islamiah yang syamil.
(b) Membina jenerasi Islam yang sedar dan mempunyai iltizam kepada tuntutan Islam.
(c) Menegakkan masyarakat insani rabbani yang bersedia berhukumkan syariat Islamiah dalam semua bidang kehidupan.
(d) Membina ketahanan ummah untuk menghadapi dan menentang segala cabaran kekufuran dan kekuasaan ilmaniah atau sekular.
(e) Merapatkan hubungan gerakan Islam sedunia ke arah mewujudkan satu khilafat Islam yang menyatukan ummah seluruhnya.
(f) Memelihara, mengekal dan mempertahankan kebenaran ilmu dan tradisi keilmuannya.
|