|
MEMBINA JENERASI ISLAM
25. Peranan ulama' yang penting dalam harakah ialah membina jenerasi Islam yang sedar dan mempunyai iltizam kepada tuntutan Islam. Pembinaan jenerasi Islam yang unggul dan bersemangat jihad adalah hanya dapat dilaksanakan melalui tarbiyah Islamiah zaman sekarang suatu pendekatan yang sesuai dan berkesan di bidang pendidikan dan penentuan martabat keilmuan yang selari dengan tuntutan Islam hendaklah diusahakan oleh para ulama' terutama oleh mereka yang berpengalaman di bidang akademik dan pendidikan.
|