Penutup

PENUTUP :

26. Dengan terlaksananya tanggungjawab-tanggungjawab ulama dalam bidang yang dihuraikan di atas, Insya Allah harakah Islamiah yang sedang berkembang dan wujud di dunia Islam kita tidak lemah dan menghadapi kebuntuan. Dengan melaksanakan tanggungjawab terpenting sebagaimana yang ditegaskan di atas, para ulama adalah sebenarnya telah melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin ummah. Perlaksanaan itu dengan sendirinya meletakkan ulama' ke hadapan di dalam masyarakatnya sesuai dengan tuntutan Islam yang menghendaki direalisasikan kepimpinan para ulama' sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Para ulama' itu adalah pemimpin".


HAJI AHMAD HAJI AWANG
Yang di Pertua,
Persatuan Ulama' Malaysia.


Akhir Safar, 1403