|
MANHAJ
5. Penulis berusaha dengan sedaya upaya menggunakan ungkapan yang mudah untuk membentangkan persoalan-persoalan dan penyelesaian dan cuba mengelak sedaya mungkin daripada menggunakan istilah-istilah ilmu yang jauh daripada tanggapan umum, melainkan kerana terpaksa. Penulis juga mengelak daripada menyalin pendapat-pendapat ulamak terkemuka yang membincangkan masalah ini dan perselisihan-perselisihan pendapat disekitarnya. Hanya penulis merumuskan pendapat-pendapat yang kuat sahaja, melainkan mengenai perkara-perkara yang tak dapat dielakkan.
6. Dalam huraian ini penulis cuba menerangkan bidang yang berkaitan dengan siasah syariyyah dan persoalannya dan menghuraikan persoalan itu mengikut kaedah-kaedah syara'. Setelah itu penulis menggunakan sebagai neraca untuk menilai perkara-perkara yang dikatakan berlandaskan syara' dan mengikut kaedah-kaedah SIASAH SYAR'IYYAH daripada tindakan-tindakan dan langkah yang diambil oleh kerajaan. Jika kebetulan langkah-langkah itu menepati kaedah-kaedah Siasah Syar'iyyah, maka penulis tidak ragu-ragu menyatakannya seperti kebetulan yang dapat dikesan itu. Demikian juga sebaliknya.
|