MENERIMA TEKNOLOGI BARAT
104. Pengetahuan teknologi merupakan satu sumber kekuatan masyarakat dunia hari ini. Teknologi digunakan di dalam berbagai-bagai urusan kehidupan dunia hari ini. Ia digunakan di dalam bidang-bidang ketenteraan, perhubungan, pengangkutan, perubatan, pertanian, perindustrian dan lain-lain Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh sesebuah negara, menjadikan negara itu kuat dan ditakuti oleh musuh-musuh yang hendak merosakkan sistem yang dilaksanakan oleh negara itu dan yang hendak melancarkan serangan untuk menghancurkannya. Sebaliknya di negara modern sekarang di mana lojik kekuatan itu yang dominan di dalam perhubungan antarabangsa, negara-negara yang mundur di bidang teknologi sering menjadi mangsa pencerobohan negara-negara besar, seperti di Afghanistan, Lubnan dan lain-lain.
105. Oleh itu, negara-negara Islam, demi untuk menjaga keselamatannya, mestilah juga berusaha memiliki hasil-hasil teknologi dan mempelajarinya supaya tidak selamanya dunia Islam bergantung kepada orang lain di dalam berbagai-bagai bidang. Tetapi adakah penerimaan teknologi barat ini di terima dengan sikap menyerah kalah, tanpa pengolahan kembali falasafah dan idea yang mendokong teknologi itu sebagaimana yang dilakukan oleh dunia Islam hari ini?
106. Memang benar, mempelajari dan berusaha meninggikan kemajuan teknologi itu penting demi menjaga maslahah ummah, tetapi dunia Islam mestilah mempunyai keupayaan membezakan antara teknologi dan falsafah yang mendokongnya. Dengan lain perkataan dunia Islam mestilah membezakan antara teknologi berakhlak dan beriman dengan teknologi tanpa iman dan akhlak. Sehingga penerimaan teknologi itu di dalam batas-batas yang dapat memelihara kemurnian kebudayaan dan cara hidup yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam. Misalnya, dasar-dasar perindustrian negara hendaklah dirancang begitu rupa sehingga kita dapat mengelak kesilapan dan kesalahan yang dilakukan di dalam dasar perindustrian di Barat yang akhirnya, mengakibatkan keruntuhan akhlak dan nilai-nilai insaniyyah yang tinggi.
107. Penerimaan teknologi, setelah diasingkan falsafah materialism yang mendokongnya, termasuk di dalam perkara yang tidak dijelaskan hukumnya oleh syara', tetapi gambaran sifat yang terkandung di dalamnya sesuai dengan hukum yang tertentu dan gambaran itu pula diakui oleh Syara' menerusi nas-nas al-Quran dan al-Sunnah serta maslahah dharuriyyah, Qat'iyyah dan Kulliyyah.
108. Gambaran maslahah yang dharuriyyah itu ialah bahawa teknologi itu menghasilkan kekuatan dan kemudahan di dalam urusan kehidupan. Gambaran ini diakui oleh syara' dengan firman Allah SWT.
æóÃóÚöÏøõæÇ áóåõãú ãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú ãöäú ÞõæøóÉò ... ÓæÑÉ ÇáÃäÝÇá60
Ertinya "Dan bersedialah untuk menghadapi mereka segala kekuatan yang mampu kamu adakan". Allah berfirman lagi, "
íõÑöíÏõ Çááøóåõ Èößõãõ ÇáúíõÓúÑó æóáóÇ íõÑöíÏõ Èößõãõ ÇáúÚõÓúÑó ...
Ertinya, Allah menghendaki kemudahan untuk kamu dan bukan menghendaki kepayahan untuk kamu.
ÓæÑÉ ÇáÈÞÑÉ 185
109. Memiliki kemahiran dan kemajuan teknologi itu sebagai dharuri, kerana ketiadaan kemahiran dan kemajuan teknologi menjadikan negara Islam mundur dan lemah, Keadaan ini akan mendedahkan negara Islam kepada persaingan kuasa-kuasa besar yang menanti peluang untuk meluaskan kawasan takluknya. Sebagaimana yang tidak terjadi keatas negara Afghanistan dan negara-negara Islam di Selatan Russia yang sekarang ini telah menjadi jajahan takluk pemerintah komunis Russia.
110. Kesan buruk akibat mengabaikan kemajuan dan perkembangan teknologi, telah mencatitkan sejarah hitam di dalam sejarah negara-negara Islam. Sewaktu, dunia Barat sedang mengorak langkah mencapai kemajuan, Sultan Salim di Turkey telah merencanakan program perubahan di bidang ini supaya Empayar Islam dapat terus bersaing dengan negara-negara Barat itu dan dapat mengekalkan kekuatannya. Tetapi rancangan yang diatur oleh Sultan Salim itu ditentang oleh ulama yang tidak memahami pekembangan yang berlaku di kalangan masyarakat di Barat itu dan usaha-usaha mengambil manfaat dari kemajuan teknologi tersebut tidak dapat diteruskan. Apabila kuasa-kuasa Barat menyerang Turkey, negara itu tidak dapat mempertahankan dirinya dan tidak dapat menyaingi kekuatan tentera Barat dengan kelengkapan yang lebih modern dan memberi kesan yang lebih besar di dalam peperangan itu.
111. Oleh yang demikian, negara-negara Islam di zaman ini perlu melengkapkan dirinya keutuhan dan kekuatan negara Islam itu. Bagaimanapun penerimaan teknologi itu bukanlah dengan cara menyerah kalah tanpa mengujudkan keupayaan membuat pengolahan baru, menerusi perancangan yang teliti dan teratur supaya kemasukan teknologi itu tidak membawa kemusnahan kepada nilai-nilai insaniyah. Kehancuran nilai-nilai insaniyah dan pencemaran alam yang melanda masyarakat Barat dan sedang menolar ke dalam masyarakat lain yang membina kemajuan teknologi di atas dasar yang sama, mestilah dijadikan tauladan, supaya penerapan teknologi di negara-negara Islam tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kesilapan dan akibatnya ini dapat dihindarkan, sekiranya dunia Islam mempunyai komitmen yang mendalam terhadap nilai-nilai Islam dan mempunyai keazaman bahawa nilai-nilai tersebut mestilah dipertahankan. Apabila penerapan teknologi itu diserasikan dengan nilai-nilai Islam dan di bersihkan daripada nilai-nilai materialism dan ilhad yang mendokong teknologi Barat, penerapan teknologi di dalam masyarakat Islam, bukan sahaja dapat menyelamatkan masyarakat Islam dan menguatkannya dari satu aspek yang penting dalam kehidupan dunia hari ini, tetapi juga dapat memberi sumbangan kepada masyarakat antarabangsa di dalam memupuk nilai-nilai insan yang murni.