UNDANG-UNDANG DAN KEADILAN
112. Pehak kepimpinan di dunia Islam yang bersikap menyerah kalah kepada tamadun Barat, sebahagian besarnya, menerima keadaan yang dibentuk oleh penjajah di dalam negeri mereka sebagai kenyataan yang tidak perlu dirombak lagi. Mereka membina negara diatas asas-asas yang telah ditentukan oleh penjajah Barat dan mengembangkannya menuju ke arah matlamat yang dituju oleh negara-negara Barat dan menjadikan negara-negara itu sebagai model di dalam membena negara. Penerusan undang-undang dan sistem perundangan Barat sebagai contoh yang paling nyata.
113. Undang-undang Barat itu diterima sebagai undang-undang yang paling saksama dan proses melahirkan undang-undang itu sebagai proses yang bertamaddun dan benar. Sedangkan sestem perundangan Barat itu dianggap sebagai yang paling lengkap dan sempurna bagi menegakkan keadilan. Berdasarkan keyakinan inilah mereka berhujjah bahawa apa yang mereka lakukan iaitu menerima dan melaksanakan undang-undang yang berasaskan kepada tradisi perundangan Barat itu sebagai sesuai dengan prinsip Islam. Kerana prinsip utama perundangan Islam ialah keadilan dan ini dapat dicapai menerusi perlaksanaan tradisi perundangan Barat. Oleh yang demikian keadaan yang wujud sekarang ini adalah tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
114. Keyakinan mereka itu bertambah teguh lagi apabila mereka membandingkan tradisi perundangan Barat itu dengan perjalanan kehakiman di Mahkamah-mahkamah Syar'iyyah (?) yang memperlihatkan gambaran yang lemah dan perjalanan kehakiman yang pincang dari segi menegakkan keadilan. Perjalanan kehakiman di mahkamah ini tidak mempunyai peraturan rapi dan sistematik dari segi menegakkan keadilan. Sekiranya perjalanan mahkamah ini ditentukan sebagai perjalanan kehakiman negara keseluruhnya, sudah tentulah sebagai perjalanan kehakiman negara keseluruhannya, sudah tentulah akan berlaku kezaliman yang menyeluruh. Sedang kezaliman itu dilarang oleh Islam. Oleh yang demikian adalah perlu proses dan perjalanan perundangan Barat itu diteruskan untuk mengelak dari pemerintah melakukan kezaliman.
115. Penerimaan sistem perundangan dan kehakiman Barat itu dilakukan secara menyeluruh daripada proses mengujudkan undang-undang menerusi badan pembuat undang-undang iaitu Parlimen atau Dewan-dewan Perundangan Negeri dan perjalanan kehakiman oleh badan kehakiman iaitu mahkamah-mahkamah. Bahkan konsep keadilan itu sendiri adalah konsep keadilan yang difahami dan dikenali di Barat.
116. Badan-badan kehakiman di dalam sistem Barat mempunyai tanggapan bahawa keadilan ialah menghukum mengikut undang-undang. Dalam hal ini, mereka tidak mempersoalkan undang-undang itu sendiri sama ada adil atau tidak, kerana tugas membuat undang-undang bukanlah mereka, tetapi Parlimen atau Dewan-dewan Perundangan Negeri. Keputusan-keputusan Parlimen dianggap sebagai kehendak orang ramai, kerana ahli-ahli Parlimen itu ialah wakil-wakil yang dipilih oleh orang ramai. Walaupun dari segi realitinya, keputusan Parlimen itu merupakan keputusan segelintir manusia yang menganggotai ketua-ketua parti politik yang mendapat kemenangan di dalam pilihanraya.
117. Bagaimanapun, kehendak segelintir manusia ini dikira mewakili kehendak orang ramai, justeru orang ramai memilih mereka. Kehendak orang ramai ini, walaupun tidak secara langsung, menjadi sumber kepada pembentukan nilai-nilai itu sendiri tidak dianggap mutlak. Sesuatu yang dianggap baik oleh jenerasi sekarang, mungkin tidak dianggap demikian oleh jenerasi yang akan datang. Kebaikan dan keburukan ditentukan oleh penerimaan orang ramai di dalam sesuatu jenerasi di dalam jangka waktu yang tertentu.
118. Konsep keadilan Barat ini telah dibentuk sebagai institusi atau lembaga perundangan dan kehakiman yang berdasarkan kepada prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita dan di negara-negara lain. Seterusnya, ia mempengaruhi perjalanan kehakiman dan proses perundangan yang telah berakar-umbi dalam negara kita.
119. Konsep keadilan seperti ini, bukanlah konsep yang sempurna dan benar. Kerana unsur keadilan yang sebenarnya tidak dipentingkan di dalam undang-undang itu sendiri. Undang-undang yang dibentuk oleh Parlimen sebenarnya, tidak terikat kepada kaedah-kaedah keadilan dan prinsipnya yang terlepas daripada kepentingan golongan atau kelumpuk. Bahkan majoriti ahli-ahli Parlimen itu terdiri daripada anggota-anggota parti yang berpegang kepada kehendak-kehendak parti tersebut atau dengan kata lain perkataan kehendak-kehendak ketua-ketua mereka. Jika pendirian ketua-ketua ini tidak terikat kepada prinsip-prinsip keagamaan, mereka bertindak mengikut pemikiran mereka sendiri yang juga tidak terlepas daripada kepentingan-kepentingan diri mereka atau sekurang-kurangnya kepentingan politik mereka.
120. Di dalam Islam, keadilan itu ialah melaksanakan hukum-hukum Allah SWT yang bebas daripada penguasaan kehendak kelumpuk-kelumpuk manusia yang tertentu. Di dalam hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya, telah ditentukan yang menggariskan batas-batas keadilan yang menjadi sandaran bagi menetapkan sesuatu peraturan dan hukum. Kaedah-kaedah yang jelas dibentuk daripada prinsip-prinsip Ilahi yang menjelaskan lagi sesuatu proses perundangan dan kehakiman.
121. Sungguhpun kaedah-kaedah yang jelas itu telah diabaikan dan tidak dilaksanakan di Mahkamah-mahkamah Syar'iyaah (?), namun, tidaklah seharusnya umat Islam merasakan bahawa sistem keadilan Islam tidak sempurna dengan alasan bahawa perjalanan mahakamah syar'iyyah sekarang tidak sempurna, justeru mahkamah syar'iyyah yang sekarang ini sebenarnya telah terjebak didalam himpitan sestem Barat dan terikat kepadanya sehingga ia tidak lagi dapat mewakili mahkamah syar'iyyah dalam erti kata yang sebenarnya.
122. Percanggahan besar antara prinsip keadilan Barat dengan prinsip keadilan Islam, tidak memungkinkan kita dengan mudah berkata, bahawa perjalanan undang-undang yang ada sekarang ini adalah bersesuaian dengan Islam, kerana ia menegakkan keadilan dan keadilan itu daripada ajaran Islam, pada hal antara maksud keadilan Islam, pada hal antara maksud keadilan Islam dengan maksud keadilan yang difahamkan daripada perlaksanaan sistem yang diamalkan sekarang, bersumber semata-mata kepada kehendak segelintir manusia yang berkuasa, sedangkan undang-undang Islam bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
123. Persoalan prinsip ini ditukar-ganti dengan berhujjahkan maslahah. Yakni oleh kerana sesuatu maslahah tertentu, prinsip keadilan Barat itu kita pakai dan prinsip keadilan Islam itu kita ketepikan. Kita ketepikan hukum-hukum Allah keseluruhannya dan melaksanakan undang-undang Barat kerana maslahah. Kerana alasan dan hujjah orang beriman. Bahkan maslahah yang dilihatnya juga adalah maslahah yang ditentukan sendiri bukan maslahah yang ditentukan oleh agama. Pada hal perbincangan kita sekarang ini dalam kontek penghayatan agama. Jika hujjah ini hendak ditegakkan maka ia tidak lagi menjadi masaalah yang berkaitan dengan siasah syar'iyyah.
124. Sungguhpun perjalanan undang-undang dan sistem kehakiman yang berjalan sekarang dinegara kita tidak merupakan sesuatu yang sesuai dengan Islam dan wajib diganti dengan sistem Islam, tetapi pergantian itu pun mestilah menerusi proses yang teratur dan tersusun. bukan boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa perencanaan yang teliti dan rapi. Langkah yang pertama mestilah ditumpukan kearah menukarkan prinsip keadilan dan sumber perundangan itu sendiri. Jika sekiranya prinsip keadilan dan perundangan Islam itu diterima dan al-Quran dan al-Sunnah telah dijadikan sumber asasi perundangan negara, sudah tentu akan berlaku pengubahsuaian di dalam perkembangan perundangan di negara ini.
125. Bukanlah tujuan kita disini hendak membahaskan bagaimana peroses perlaksanaan undang Islam dan penerapannya didalam negara kita. Tetapi sekadar hendak menjelaskan bahawa usaha-usaha mengiakan sistem perundangan Barat yang ada dan yang berjalan di negara kita sebagai sesuai dan tidak bertentangan dengan Islam, merupakan langkah yang keterlaluan dan membayangkan suatu sikap yang negatif yang menghalang usaha-usaha dan perjuangan mendaulatkan hukum-hukum Allah.
126. Hujjah-hujjah yang demikian akan memperkuatkan pendiri golongan sekular dengan sikap mereka menolak undang-undang Islam, dengan andaian yang disokong oleh golongan-golongan yang dikatakan ulama yang hendak mengambil hati pemerintah, bahawa undang-undang yang berjalan sekarang ini adalah sesuai dan tidak bertentangan dengan Islam. Peranan golongan-golongan yang mengiakan tindakan-tindakan pemerintah dengan nama Islam tanpa memikirkan kesan buruk daripada perbuatan mereka itu adalah sangat membahayakan dan mereka hendaklah diinsafkan tentang tanggungjawab mereka yang sebenarnya iaitu membimbing dan memandu ummah menuju kebenaran tanpa gentar kepada celaan orang-orang yang suka mencela.