KEDUDUKAN ILMU FALAK DALAM ISLAM
1. |
Pendahuluan |
| |
|
|
| |
1.1 |
Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama tuan-tuan pada hari ini untuk membincangkan permasalahan ilmu falak dalam seminar yang amat penting ini. |
| |
|
|
| |
1.2 |
Di akhir-akhir ini ternampak jelas kebangkitan semula kesedaran di kalangan umat Islam khususnya di kalangan para intelek tentang pentingnya pengetahuan ilmu falak di kalangan umat Islam lebih-lebih lagi dengan adanya kerjasama yang bersepadu di antara tokoh-tokoh Falak Syarie dengan tokoh-tokoh astronomi. Ini adalah suatu perkembangan baik bukan sahaja kepada perkembangan ilmu falak tetapi juga kepada perkembangan Islam ke seluruhannya. Kerjasama dan hubungan rapat di kalangan pakar-pakar Islam dalam berbagai-bagai bidang dengan para ulamak adalah suatu perkara yang amat penting dalam perkembangan Islam. |
| |
|
|
| |
1.3 |
Kertas kerja yang ringkas ini adalah semata-mata sebagai sumbangan bagi menunjukkan sokongan yang kuat Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri kepada usaha mengadakan seminar ini. Kertas kerja ini tentulah amat dangkal dan cetek sekali tetapi dari segi moralnya ia mempunyai significant tertentu. |
|
| |
| |
| |
| |